Monday, May 25, 2009

:: TUGASAN 2 - Ulasan Jurnal ::

Artikel 1

Northen Exposures : Models of Experiential Learning in Indigenous Education

Pengenalan:

Kajian tindakan ini adalah tentang kajian perlaksanaan model ‘experiential’ yang dijalankan di sekolah-sekolah terpilih yang mana melibatkan program ‘experiential’ untuk menghadapi kekurangan kejayaan dan di kalangan pelajar orang asli dengan menggalakkan bentuk pendidikan holistik yang menilai kepentingan tempat dan pengetahuan budaya mereka.

Tujuan kajian:

Untuk mengetahui elemen manakah dalam pendidikan ‘experiential dan place-based’ yang akan membawa kepada penglibatan terbaik kepada pelajar orang asli dan juga meningkatkan hasil atau kesudahan dalam pendidikan.

Kaedah:

Kajian dijalankan di 5 buah sekolah dan mengambil masa selama 2 bulan melalui pemerhatian 2 komuniti dan membuat laporan kes kajian kualitatif ke atas program-program di bawah ;

1) Experiential Education Program : Wood Street School, Ghuch Tla Community school, and Selkrik Elementary, part of the Yukon Department of Education in Whitehorse, Yukon


2) Community-Based Experiential Education Program: Kehewin First Nation School and Le Goff School, part of Treaty Six Tribal Chief Peace-keeping Conservation Commission in St. Paul, Alberta.

Peserta atau sampel :

Kerjasama dengan komuniti dan peserta dari sekolah. Setiap komuniti menyediakan seorang ketua yang membekalkan halatuju dan sokongan untuk kajian dilakukan. Kajian juga mendapat input daripada orang-orang yang lebih tua, chiefs, ahli persatuan komuniti, ibu bapa, pentadbir pendidikan (pengarah bahagian, pengetua, dan penasihat), guru-guru dan pelajar-pelajar.

Pengumpulan data dan penganalisisan data:

Memilih kaedah kualiatatif yang mana menurut Chavers, (2000) terdapat beberapa bukti menunjukkan bahawa metodologi orang asli adalah kondusif kepada jenis kaedah kajian ini. Perbandingan analisis kajian kes menyediakan satu interpretasi teks bagi setiap program ( Burawoy, 2000;Yin, 2003). Satu penerangan yang lengkap bagi evolusi setiap program dimasukkan dalam pengumpulan data. Melihat kepada perkara-perkara khusus dan spesifik dalam kajian kes dan juga analisis kepada perbandingan terhadap 3 kes kajian memberikan maklumat untuk komuniti, sekolah , dan pendidik.

Keputusan dan perbincangan:

Keputusan menunjukkan banyak persamaan dalam faktor-faktor yang membawa kepada penglibatan yang baik di kalangan pelajar orang asli dalam ke dua-dua program tersebut. Ini menunjukkan bahawa penemuan kajian menyediakan komuniti dan pendidik kepada pemahaman yang lebih baik terhadap pendekatan pendidikan yang berjaya melibatkan pelajar orang asli dalam proses pembelajaran melalui penggabungan pengetahuan orang asli dan metodologi melalui satu model ‘experiential’.

Saturday, May 23, 2009

:: TUGASAN 1 - ulasan buku ::

KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN

Dalam membuat kajian tindakan di sekolah, pengesahan dari rakan sebaya dan pentadbiran sekolah adalah penting kerana ianya berguna untuk mendapat maklumbalas dan komen. Hal ini boleh digunakan untuk memperhalusi dan membuat perubahan terhadap kajian tindakan yang dilakukan. Peralatan yang digunakan dalam kajian hendaklah diuji terlebih dahulu untuk kesahihan serta kebolehpercayaannya. Contohnya ialah sekiranya menggunakan ujian ataupun soalan soal selidik untuk pelajar, maka soalan ujian tersebut haruslah mempunyai kesahihan untuk dijalankan ke atas pelajar supaya keputusan atau hasil yang diperolehi juga sah dan boleh dipercayai.

Kesahan dan kepercayaan dalam kajian tindakan juga boleh dinilai melalui data yang boleh dipercayai dan membandingkan kajian yang dilakukan dengan kajian orang lain melalui tinjauan literatur dari kajian kepustakaan.

ETIKA KAJIAN TINDAKAN

Di dalam buku ini, penulis tidak menerangkan secara spesifik mengenai etika kajian tindakan. tetapi melalui pemahaman saya berdasarkan bahan bacaan lain, etika dalam kajian tindakan boleh diambil kira dari beberapa aspek iaitu :

a) Batasan atau had kajian penyelidik yang tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan maklumat daripada orang lain atau peserta kajian untuk kegunaan diri sendiri

b) Kaedah kajian tindakan dalam pendidikan kebiasaannya melibatkan penyertaan orang luar dalam proses penyiasatan, maka dengan itu kajian tindakan yang berasaskan komuniti sentiasa berdepan dengan isu etika yang jarang dibenarkan atau diakui dalam jenis-jenis kajian yang lain. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab penyelidik untuk mengekalkan hak dan privasi peserta yang terlibat dalam kajiannya, termasuklah prosedur yang mengawal sebarang gangguan atau pencerobohan kehidupan mereka dan menyatakan hak milik sumber yang digunakan serta penggunaan produk untuk kajian.

c) Etika dalam kajian tindakan juga menggambarkan bagaimana proses kajian dijalankan dengan cara melindungi sensitiviti nilai budaya dan protokol kajian terhadap peserta.


PENILAIAN KESELURUHAN TERHADAP BUKU

Hasil daripada pembacaan yang dilakukan, saya berpendapat bahawa buku ini mempunyai banyak input dan pendedahan kepada kajian tindakan. Buku ini sangat sesuai dijadikan sumber rujukan oleh para guru untuk membuat kajian tindakan terutamanya kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Sains. Namun begitu, konsep, model, dan kaedah yang di tulis di dalam buku ini boleh juga dijadikan panduan untuk melakukan kajian tindakan bagi mata pelajaran lain. Terdapat juga contoh rubrik penilaian untuk setiap refleksi yang dijalankan dalam kajian tindakan. Penulis turut menerangkan peranan guru-guru dalam perlaksanaan kajian tindakan yang mana sememangnya memenuhi tuntutan Kementerian Pendidikan dan juga penggunaan teknologi yang perlu ditekankan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam buku ini, penulis juga mengulas tentang kajian tindakan dan pembangunan profesionalisme para guru dalam bidang pendidikan.