Sunday, April 26, 2009

:: TUGASAN 1 ::

ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN

Dapatkan satu buku dalam bahasa Inggeris tentang kajian tindakan dan ulas buku tersebut berdasarkan reka bentuk kajian tindakan, pengurusan & penganalisaan data dan beri penilaian kepada buku tersebut.

FOKUS KEPADA (What, why, when, where, who, how)

  1. KONSEP KAJIAN TINDAKAN
  2. Mengapa guru perlu buat kajian tindakan
  3. REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
    1. model
    2. sampel / participant
    3. seting kajian
  4. PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN
  5. PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
    1. instrumen kajian
    2. teknik pengumpulan data
    3. teknik penganalisisan data
  6. ETIKA KAJIAN TINDAKAN (research ethics)
  7. KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN (Reliability & Validity)
  8. Penilaian Keseluruhan terhadap buku ini.

BUKU YANG DIPILIH UNTUK TUGASAN 1

Pengarang : Selva Ranee Subramaniam

Tahun terbitan : 2007

Tajuk buku : Action Research for Exemplary Science Teaching

Negeri penerbit : Shah Alam, Selangor

Nama penerbit : Karisma Publications Sdn. Bhd

:: NOTA 3 - Kuliah 1 : Jenis-jenis Kajian Tindakan ::

Terdapat 4 jenis kajian tindakan iaitu :

i) Kajian Tindakan Individu
Kajian yang dilakukan secara individu oleh guru dan hanya fokus dalam bilik darjah

ii) Kajian Tindakan Kolaboratif
Kajian yang dilakukan lebih daripada 2 orang samada melibatkan guru-guru dalam bidang yang sama, guru-guru dalam pelbagai subjek ataupun guru-guru dengan pihak luar.

iii) Kajian Tindakan Peringkat Sekolah
Kajian yang memfokuskan kepada satu isu yang sama di peringkat daerah

iv) Kajian Tindakan Peringkat Daerah
Kajian yang dilakukan dengan fokus kepada satu isu yang sama di peringkat daerah

:: NOTA 2 - Kuliah 1 : Konsep Kajian Tindakan ::

Action research is focused on the immediate application, not on the development of theory, nor upon general application. It has placed its emphasiss on a problem, here and now, in a local setting. its finding are to be evaluated in terms of local applicability, not in terms of universal validity (John W. Best, 1970). Menurut beliau lagi kajian tindakan bertujuan untuk :
i) Meningkatkan amalan-amalan di sekolah dan pada masa yang sama turut meningkatkan kelakuan sesiapa yang cuba untuk meningkatkan amalan tersebut
ii) Ia juga untuk menggabungkan fungsi kajian dengan kemajuan guru dalam kualiti sebagai objektiviti, kemahiran dalam proses kajian, tabiat berfikir, kebolehan untuk bekerja secara harmoni dengan orang lain dan juga meningkatkan semangat profesional.
Menurut McCuthceon & Jung (1991), "Terdapat banyak definisi untuk kajian tindakan tetapi semua definisi berkongsi pandangan yang sama iaitu kajian tindakan melibatkan satu persoalan sistematik yang bersifat collective, collaborative, self-reflective, critical dan dijalankan oleh peserta yang terlibat dalam persoalan tersebut"
Kajian tindakan merupakan merupakan satu kaedah penyelidikan yang berunsurkan inkuiri kendiri. Kajian tindakan dalam pendidikan adalah satu bentuk kajian yang para guru boleh lakukan untuk memeriksa sendiri kajian pendidikan mereka di sekolah secara sistematik dengan menggunakan teknik-teknik kajian. Kajian tindakan juga merupakan proses yang berterusan dan turut melibatkan perlaksanaan kajian ke atas masalah-masalah dalam pendidikan dalam kelas. Kajian tersebut mestilah dijalankan oleh sesiapa yang perlu diubah cara kelakuan mereka dalam sesuatu perkara sebagai hasil kajian. Setiap sekolah tidak akan kekal dengan satu praktik kehidupan yang kukuh dan berkembang melainkan guru, murid-murid, penyelia, pentadbir dan penaung sekolah sentiasa memeriksa apa yang mereka lakukan secara berterusan. Oleh itu, samada secara individu mahupun berkumpulan, mereka perlu menggunakan imaginasi secara kreatif dan membina untuk mengenalpasti amalan atau praktik yang perlu diubah bagi memenuhi keperluan serta permintaan terhadap kehidupan yang lebih baik melalui kajian tindakan.

:: NOTA 1- Kuliah 1 : Apa itu Kajian? ::

KAJIAN atau PENYELIDIKAN ialah satu proses yang melibatkan langkah-langkah ataupun kaedah yang digunakan untuk mencari, mengumpul, serta menganalisis data bagi mendapatkan maklumat serta meningkatkan kefahaman untuk sesuatu topik, isu ataupun masalah.
Menurut John W. Best dalam buku bertajuk Research in education edisi ke 2, terma kajian dan kaedah sains adalah kadangkala digunakan secara sinonim dalam perbincangan pendidikan di mana kajian boleh dipertimbangkan sebagai satu perkara yang rasmi, sistematik, dan satu proses intensif dalam menjalankan satu analisis kaedah sains. Oleh itu, kajian juga boleh dikatakan sebagai satu aktiviti yang sistematik yang dilakukan untuk pencarian dan perkembangan sesuatu pengetahuan.
PROSES KAJIAN melibatkan langkah-langkah :
i) Pengenalpastian masalah
ii) Melakukan kajian kepustakaan bagi mendapatkan maklumat
iii) Menentukan pendekatan ataupun strategi kajian
iv) Mengumpul dan menganalisis data
v) Kemudian membincangkan maklumat yang diperolehi dan implikasi kajian
vi) Akhir sekali melaporkan kajian tersebut dalam bentuk laporan ataupun buku.

:: MUKADIMAH ::

Assalamualaikum..

Pertama sekali, ALHAMDULILLAH syukur ke Hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepada kita untuk hidup di muka bumi ini..dan syukur juga dipanjangkan umur untuk masih berada di UKM bagi mengikuti program DPLI 2009 bersama rakan-rakan serta para pensyarah yang disayangi. Sedar x sedar sudah masuk semester ke 2 berada di UKM dan ALHAMDULILLAH tugas2 di semester yang lepas dapat disempurnakan dengan jayanya. Diharapkan pada semester ini akan lebih baik dari semester lepas dan lebih bersungguh-sungguh menimba ilmu dalam bidang pendidikan.

Blog ini diwujudkan khas untuk subjek Kajian Tindakan yang diselaraskan oleh Dr. siti Fatimah Yassin serta beberapa pensyarah lain iaitu Hajah Halimah Harun, Puan Nor Sakinah Mohamad dan Dr. Mohd. Izham Hamzah.

INSYAALLAH segala tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sempurna di bawah bimbingan serta tunjuk ajar semua pensyarah yang terlibat.