Monday, May 25, 2009

:: TUGASAN 2 - Ulasan Jurnal ::


PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA KE TIGA-TIGA ARTIKEL

i) Persamaan

Persamaan di antara artikel-artikel yang diulas ini ialah ke tiga-tiganya menggunakan kaedah pengumpulan dan penganalisisan data secara kualitatif dalam mempersembahkan kajian yang dilakukan. Ke tiga-tiga artikel juga tidak menyatakan tentang kitaran kajian samada dilakukan sekali ataupun berulang-ulang kali. Ini adalah berbeza dengan contoh kajian tindakan yang dibaca dalam buku untuk tugasan 1 yang mana kajian tindakan yang dicadangkan dan dijalankan melibatkan beberapa kitar kajian supaya hasil serta penambahbaikan dapat dilihat dengan jelas selepas kajian dijalankan.


ii) Perbezaan


- Konteks kajian :


Artikel 1 adalah kajian ke atas perlaksanaan program pendidikan ‘experiential’ untuk melihat keberkesanan program tersebut bagi pelajar orang asli di beberapa sekolah terpilih di Canada


Artikel 2 merupakan kajian ke atas pembangunan kursus untuk program ijazah kejururawatan di Taiwan. Kajian ini lebih kepada pemerhatian bagi perlaksanaan bahan-bahan kursus dan strategi pengajaran.


Artikel 3 fokus kepada perlaksanaan satu bentuk latihan reflektif untuk pembantu pengajar bahasa asing.


- Sampel:


Artikel 1 - melakukan kajian di 5 buah sekolah selama 2 bulan. Peserta dari kalangan komuniti dan pelajar sekolah.



Artikel 2 - menggunakan 4 orang penulis artikel dan 12 pelatih dari universiti untuk kajian penulis


Artikel 3 – 15 orang pembantu pengajar lulusan siswazah


- Prosedur:


Artikel 2 – Prosedur kajian di bahagikan kepada stage perancangan, rekabentuk, perlaksanaan, dan penilaian

-Data :

Artikel 1 - menggunakan kaedah pengumpulan data secara kualitatif

Artikel 2 – Menggunakan kaedah pengumpulan dan penganalisisan data secara kualitatif dan kuantitatif (Kaedah pengukuran CBM)

Artikel 3 – Pengumpulan dan penganalisisan data secara kualitatif yang mana diambil dari laporan peserta melalui 2 jenis pemerhatian serta perbandingan analisis pemerhatian untuk mendapatkan cirri-ciri umum dan hubungkait.

:: TUGASAN 2 - Ulasan Jurnal ::

Artikel 3

Reflective Practices in foreign Language Teacher Education: A View Through Micro and Macro Windows

Pengenalan:

Kajian yang ditulis dalam artikel ini fokus kepada satu bentuk latihan reflektif - pemerhatian kelas, dan perbandingan pemerhatian pembantu pengajar siswazah terhadap persembahan mereka di dalam kelas melalui 2 sudut (window) yang berlainan , dalam lingkungan rangka kerja kursus pendidikan guru bahasa asing (Bahasa Jepun).

Kaedah:

i) Konteks kajian

Projek ini menggunakan kaedah kajian kualitatif dalam memeriksa apa yang dipelajari oleh pembantu pengajar daripada 2 jenis pemerhatian dalam kelas-kelas mereka. Pembantu pengajar ini akan memerhati prestasi pengajaran mereka dalam kelas sebagai sebahagian kursus siswazah ‘Teaching Japanese as a Foreign Language’ yang ditawarkan di Universiti U.S. Kursus tersebut diadakan sebanyak 2 kelas selama 80 minit dalam seminggu semasa semester 15 minggu.

ii) Instrumen

- Material kursus ialah ‘teaching language in context’ oleh Omaggio Hadley (2001) dan bahan bacaan tambahan termasuklah artikel-artikel tentang perolehan bahasa ke dua, kajian kelas, dan aspek pengajaran bahasa jepun yang lebih spesifik.

- Aktiviti yang dilakukan ialah kuliah dan perbincangan tentang bahan bacaan, sesi lakonan mengajar, pelbagai jenis pemerhatian kelas, portfolio elektronik, dan juga kajian tindakan skala kecil.

iii) Peserta

15 orang pembantu pengajar siswazah (TAs) yang mana terdiri daripada 7 orang dari tahun pertama, dan 8 orang dari tahun dua.

iv) Pemerhatian

- Pemerhatian pertama dari sudut ‘macro’ : Pemerhatian seluruh kelas (kira-kira 15 minit). Pemerhatian juga melalui videotape yang dirakam di dalam kelas. Menyediakan analisis laporan terhadap videotape kelas masing-masing.

- Pemerhatian ke dua dari sudut ‘micro’: Segmen 10 minit aktiviti guru. Sebagai sebahagian daripada portfolio elektronik, peserta memilih petikan pendek dari video latihan kelas yang di masukkan ke dalam laman web kursus pendidikan guru. Peserta akan melihat segmen masing-masing dan memberi komen dalam perbincangan online dan membuat refleksi kemudian menghantar laporan.

v) Data dan analisis data

- Data permulaan terdiri daripada laporan yang ditulis oleh peserta yang mengaplikasikan pemerhatian micro dan macro dalam analisis persembahan dalam kelas masing-masing.

- Data tambahan terdiri daripada laporan yang ditulis oleh peserta terhadap pengajaran rakan-rakan dan juga nota-nota bidang penyelidik.

Data permulaan akan dibandingkan secara kualitatif mengikut langkah-langkah:

- Laporan pemerhatian dibahagikan kepada 2 kumpulan dan dianalisis untuk dapatkan ciri-ciri umum.

- Laporan pemerhatian mikro dan makro peserta dibandingkan secara individu untuk tentukan hubungan antara keduanya.

- Bahan tambahan digunakan untuk dapatkan maklumat tambahan.

Penutup:

Kajian ini membandingkan latihan dan amalan reflektif pembantu pengajar universiti. Jenis latihan reflektif ini bukan sahaja membantu peserta menjelaskan bagaimana aktiviti dilaksanakan tetapi juga menerangkan apa yang dilakukan oleh mereka di dalam kelas. Kajian ini memberikan satu rasional yang kukuh untuk gabungkan pemerhatian makro dan mikro ke dalam program pendidikan guru. Pemerhatian terhadap persembahan dalam kelas dari sudut mikro dan makro sangat bernilai dan perlu untuk perkembangan guru-guru bahasa ke dua dan bahasa asing.

:: TUGASAN 2 - Ulasan Jurnal ::

Artikel 2

Action Research on the Development of a Caring Curriculum in Taiwan : Part II

Pengenalan:

Artikel ini mempersembahkan pembangunan, rekabentuk. Perlaksanaan, dan penilaian terhadap kursus tahun 3 dalam ‘caring curriculum’ (kursus perlindungan atau penjagaan) yang di buat untuk program ijazah kejururawatan 5 tahun di Taiwan. Kursus yang bertajuk ‘Application of Caring Concept’ yang mana diajar kepada lebih daripada 800 pelajar oleh 16 pelatih yang direkrut daripada pelbagai bahagian. Pelatih-pelatih tersebut telah menghadiri bengkel dan seminar berkenaan kursus tersebut dan seterusnya membangunkan bahan-bahan kursus dan strategi pengajaran.

Kaedah kajian:

1) Rekabentuk dan instrumen sampel

Peserta kajian termasuklah 4 penulis artikel dan 12 orang pelatih daripada pelbagai bahagian universiti.

2) Instrumen kajian


Bagi data kualitatif - Melibatkan literature, temubual, dokumen kurikulum, rekod perbincangan kurikulum dan soal selidik terbuka. Jurnal, laporan projek kumpulan, dan dianalisis oleh kandungan analisis.

Bagi data kuantitatif – Dikumpulkan menggunakan Caring Behaviour Measurement (CBM) yang melibatkan 26 item dan merupakan tinjauan 2 dimensi yang menggunakan 4-point skala Licert (4=always, 3=normally, 2=seldom, 1 =never). 13 item mengukur keihklasan, empathy, dan hormat dan 13 item lagi mengukur sikap ‘caring’ professional. Penilaian daripada pesakit semasa latihan.

3) Prosedur

Dibahagikan kepada beberapa stage proses pembangunan kurikulum iaitu :

i) Stage Perancangan

· Penyelidik menjemput sarjana dari institusi lain untuk meyampaikan seminar dan bengkel tentang konsep dan langkah-langkah ‘caring’.

ii) Stage Rekabentuk

· setiap pelatih mengambil satu unit kursus berdasarkan minat indidvidu dan membuat buku panduan yang mengandungi maklumat serta rujukan bahan dan buku ini akan dijadikan rujukan oleh pelatih sebagai bahan pengajaran.

iii) Stage perlaksanaan

· Melaksanakan strategi pengajaran bepusatkan pelajar yang mana melibatkan pensyarah, role model, dialog, kumpulan ‘caring’ latihan dalam kelas tentang kemahiran khusus, dan melakonkan sikap ‘caring’ di luar sekolah. Pelajar akan buat refleksi tentang pengalamn mereka dengan kawan dan pelatih.

iv) Stage Penilaian

· Dinilaikan berdasarkan 3 aspek pencapaian pelajar iaitu:

- Pengetahuan ‘caring’, dinilai berdasarkan ujian bertulis, jurnal, dan laporan kumpulan

- Sikap ‘caring’, dinilai berdasarkan jurnal dan penyertaan dalam kelas

- Tabiat ‘caring’, dinilai berdasarkan kaedah kualitatif dan kuantitatif.

Keputusan kajian dilihat dari segi:

i) Pembangunan kursus

ii) Rekabentuk kursus

iii) Perlaksanaan kursus

iv) Penilaian kursus

Para pelajar melaporkan bahawa mereka telah diberikan kepercayaan, penerimaan, galakan estem kendiri, dan juga kesedaran tentang kemampuan dan pencapaian hasil daripada model yang digunakan. Model yang digunakan dalam kajian untuk kursus ini telah berjaya memberi maklumbalas yang positif di kalangan pelajar.