Sunday, April 26, 2009

:: NOTA 1- Kuliah 1 : Apa itu Kajian? ::

KAJIAN atau PENYELIDIKAN ialah satu proses yang melibatkan langkah-langkah ataupun kaedah yang digunakan untuk mencari, mengumpul, serta menganalisis data bagi mendapatkan maklumat serta meningkatkan kefahaman untuk sesuatu topik, isu ataupun masalah.
Menurut John W. Best dalam buku bertajuk Research in education edisi ke 2, terma kajian dan kaedah sains adalah kadangkala digunakan secara sinonim dalam perbincangan pendidikan di mana kajian boleh dipertimbangkan sebagai satu perkara yang rasmi, sistematik, dan satu proses intensif dalam menjalankan satu analisis kaedah sains. Oleh itu, kajian juga boleh dikatakan sebagai satu aktiviti yang sistematik yang dilakukan untuk pencarian dan perkembangan sesuatu pengetahuan.
PROSES KAJIAN melibatkan langkah-langkah :
i) Pengenalpastian masalah
ii) Melakukan kajian kepustakaan bagi mendapatkan maklumat
iii) Menentukan pendekatan ataupun strategi kajian
iv) Mengumpul dan menganalisis data
v) Kemudian membincangkan maklumat yang diperolehi dan implikasi kajian
vi) Akhir sekali melaporkan kajian tersebut dalam bentuk laporan ataupun buku.

0 comments: