Friday, May 1, 2009

:: AKTIVITI 1 - Kuliah 2 : Refleksi Selepas Program BIG 2 ::

Selepas berlansungnya Program Bina Insan Guru II di Pulau pangkor, saya telah melakukan refleksi kendiri dan hasilnya adalah seperti berikut:

KELEMAHAN

i) Kurang daya kepimpinan

Oleh kerana saya merupakan jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk mengendalikan malam kesenian & kebudayaan pada program BIG II kumpula A, maka saya memerlukan ciri-ciri kepimpinan untuk menguruskan program, memimpin dan menggerakkan pelajar pada malam tersebut. Namun begitu, saya menyedari ciri-ciri kepimpinan kurang dalam diri saya kerana saya berasa kurang yakin untuk terlalu bertegas dengan para peserta untuk memberi pertolongan dalam persediaan aktiviti tersebut dan mengarahkan mereka bertindak cepat serta mematuhi masa. Saya berasa rendah diri untuk memberi arahan kepada peserta dan bkurang berkeyakinan untuk bertindak sebagai ketua

ii) Kurang keyakinan diri

Kekurangan ciri kepimpinan dalam diri disebabkan oleh kurang keyakinan diri untuk menjadi ketua dan berhadapan dengan para peserta.

PENAMBAHBAIKAN

Matlamat :
Untuk meningkatkan keyakinan dan ciri-ciri kepimpinan dalam diri

Objektif :
i) Supaya boleh bertindak sebagai ketua dan memimpin orang lain terutamanya apabila menjadi guru nanti
ii) Mendapat keyakinan untuk berhadapan dengan orang lain
ii) Menjadi lebih aktif dan melibatkan diri dalam semua aktiviti

PELAN TINDAKAN

Langkah-langkah :
i) Melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang program DPLI
ii) Menjadi sukarela sebagai ahli jawatankuasa bagi sesuatu aktiviti untuk melatih diri menjadi pemimpin
iii) Memberi arahan secara berhemah apabila memimpin supaya arahan dapat diterima dengan jelas dan disukai oleh orang bawahan
iv) Memilih role model sebagai contoh ikutan

Perancangan mengumpul data :
i) Mencari maklumat dan memilih role model yang hebat dalam kepimpinan untuk dijadikan contoh
ii) Mencatat penilaian perubahan dalam diri


PEMANTAUAN & PENILAIAN

i) Sentiasa peka dengan perubahan diri apabila terlibat dalam aktiviti yang disertai untuk dijadikan penilaian
ii) Sentiasa bertanyakan pendapat orang lain ataupun orang bawahan berkenaan keselesaan serta penerimaan mereka terhadap pendekatan kepimpinan yang digunakan untuk membuat penambahbaikan
iii) Membuat refleksi tentang cara dan pendekatan yang telah digunakan


0 comments: