Tarikh: 29 Mei 2009
Pensyarah: Puan Sakinah
PENGUMPULAN DATA
3 sebab untuk mencapai kualiti:
i) Tanggungjawab kepada pelajar
ii) keperluan kepada kecekapan diri dan org lain
iii) keperluan untuk membuat tindakan & berubah kpd perkara manfaat dgn melakukan penyelidikan tindakan.
Kriteria kualiti :
- 2 rukun sains dlm senarai penyelidik dlm kriteria kualiti ialah:
a) kesahan - merujuk kpd kebenaran data dengan mengetahui samada data sebenarnay mengukur/ mencerminkan fenomena khusus yg dikaji
b)kebolehpercayaan- berkaitan dengan ketepatan data. Masalah kebolehpercayaan dlm pnddkn sll berlaku apbl data diambil dr sampel terlalu kecil. Perlu tanya soalan seperti di bawah utk penambahbaikan data:
- adakah maklumat ini merupakan perawakilan tepat realiti?
- Bolehkah saya fikir sebarang sbb utk syak kpd ketepatan data?
Mengumpul data
- apakah jenis data kita perlu kumpul utk menjawab persoalan kajian
- bagaimana kita nak pastikan terdapat pelbagai perspektif
Alat pengumpulan data
-pemerhatian (video tape)
-nota guru & komen
-kerja pelajar
-refleksi pelajar & kerja pelajar
-jurnal pelajar
-ujian
-tinjauan soal selidik
-temuduga
tugasan : kemaskini dan siapkan proposal lengkap dengan cara pengumpulan data
Friday, June 5, 2009
:: Kuliah 9 ::
Posted by yusnaini Abd Hamid P48654 at 11:25 PM 0 comments
Monday, June 1, 2009
:: Kuliah 7 ::
Tarikh: 1 Jun 2009
Pensyarah: Hajah Halimah Harun
Pensyarah memilih kumpulan secara rawak untuk membentangkan proposal masing-masing.
5 kumpulan telah terpilih untuk membentangkan proposal kajian tindakan.
Tajuk-tajuk proposal yang dibentangkan ialah:
1) Kaedah ilustrasi kartun bagi meningkatkan minat pelajar kepada subjek sejarah
2) Kaedah aktiviti luar kelas (puisi dan pencarian harta karun) dalam meningkatkan minat dan penghayatan pelajar kepada kesusasteraan melayu.
3) Kaedah penggunaan lagu dalam menguasai kata kunci.
4) Kaedah latihan bagi meningkatkan kemahiran menyanggol bola dalam sukan bola tampar.
5) Kaedah smart reader, nyanyian, peer teaching dan CO dalam meningkatkan kemahiran cara pertuturan dan sebutan.
Sesi soal jawab diadakan untuk penambahbaikan proposal.
Posted by yusnaini Abd Hamid P48654 at 9:32 PM 0 comments
Wednesday, May 27, 2009
:: Kuliah 6 ::
Tarikh: 25 Mei 2009
Pensyarah: Hajah Halimah Harun
AKTIVITI 1
Para pelajar diarah menjawab soalan-soalan berikut:
• Nama dan No Matrik
• Bidang Pengkhususan
• Alamat Tetap
• Status
• Mengapa ingin menjadi guru?
• Guru yang paling disukai dan kenapa?
• Guru yang paling dibenci dan kenapa?
• Apakah tugas guru?
• Lukis gambar pokok beserta tandatangan dan tarikh lahir
AKTIVITI 2
Para pelajar diarah mencari pasangan masing-masing kemudian melakukan tugasan berikut:
a. Memilih satu tajuk kertas pembentangan yang dibentangkan di Seminar Serantau UKM-UNRI.
b. Tuliskan isi-isi penting yang difahami.
c. Bentangkan di hadapan kelas.
Ahli Kumpulan:
1. Nik Hidayatul Nur Saadah
2. Yusnaini Abd. Hamid
Kumpulan saya telah menjadi sukarela untuk menjadi pembentang yang pertama.
Tajuk : Pembelajaran Koperatif Tipe STAD yang di awal dengan Pemberian Soal Cerita untuk Meningkatkan Hasil Belajar Matematika Siswa Kelas VII(G) SMPN 13 Pekan Baru
Pembentang : Susda Heleni
Ringkasan Kajian :
- Kajian ini adalah berteraskan kajian tindakan
Kenapa?
- Kajian dilakukan untuk meningkatkan pemahaman pelajar untuk menjawab soalan matematik yang berteraskan kepada soal cerita (penceritaan)
Apa?
- Kajian ini memerlukan kepada refleksi dan melibatkan penambahbaikan kepada refleksi tersebut
Bagaimana?
- Pengaplikasian kaedah pembelajaran jenis koperatif STAD ke atas para pelajar yang terlibat
Prosedur?
- Melibatkan perancangan, tindakan, pemerhatian dan refleksi
AKTIVITI 3
1. Bentuk sebuah kumpulan dengan 5 orang ahli (berlainan bangsa, jantina dan pengkhususan)
2. Bincang dan bina tajuk yang sesuai untuk sebuah kertas cadangan/proposal.
3. Proposal mesti dihantar pada 28 Mei 2009.
Posted by yusnaini Abd Hamid P48654 at 11:22 PM 0 comments
Tuesday, May 26, 2009
:: Laporan Catatan Pembentangan Seminar Serantau ::
Posted by yusnaini Abd Hamid P48654 at 6:56 AM 0 comments
Monday, May 25, 2009
:: TUGASAN 2 - Ulasan Jurnal ::
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA KE TIGA-TIGA ARTIKEL
i) Persamaan
Persamaan di antara artikel-artikel yang diulas ini ialah ke tiga-tiganya menggunakan kaedah pengumpulan dan penganalisisan data secara kualitatif dalam mempersembahkan kajian yang dilakukan. Ke tiga-tiga artikel juga tidak menyatakan tentang kitaran kajian samada dilakukan sekali ataupun berulang-ulang kali. Ini adalah berbeza dengan contoh kajian tindakan yang dibaca dalam buku untuk tugasan 1 yang mana kajian tindakan yang dicadangkan dan dijalankan melibatkan beberapa kitar kajian supaya hasil serta penambahbaikan dapat dilihat dengan jelas selepas kajian dijalankan.
ii) Perbezaan
- Konteks kajian :
Artikel 1 adalah kajian ke atas perlaksanaan program pendidikan ‘experiential’ untuk melihat keberkesanan program tersebut bagi pelajar orang asli di beberapa sekolah terpilih di Canada
Artikel 2 merupakan kajian ke atas pembangunan kursus untuk program ijazah kejururawatan di Taiwan. Kajian ini lebih kepada pemerhatian bagi perlaksanaan bahan-bahan kursus dan strategi pengajaran.
Artikel 3 fokus kepada perlaksanaan satu bentuk latihan reflektif untuk pembantu pengajar bahasa asing.
- Sampel:
Artikel 1 - melakukan kajian di 5 buah sekolah selama 2 bulan. Peserta dari kalangan komuniti dan pelajar sekolah.
Artikel 2 - menggunakan 4 orang penulis artikel dan 12 pelatih dari universiti untuk kajian penulis
Artikel 3 – 15 orang pembantu pengajar lulusan siswazah
- Prosedur:
Artikel 2 – Prosedur kajian di bahagikan kepada stage perancangan, rekabentuk, perlaksanaan, dan penilaian
-Data :
Artikel 1 - menggunakan kaedah pengumpulan data secara kualitatif
Artikel 2 – Menggunakan kaedah pengumpulan dan penganalisisan data secara kualitatif dan kuantitatif (Kaedah pengukuran CBM)
Artikel 3 – Pengumpulan dan penganalisisan data secara kualitatif yang mana diambil dari laporan peserta melalui 2 jenis pemerhatian serta perbandingan analisis pemerhatian untuk mendapatkan cirri-ciri umum dan hubungkait.
Posted by yusnaini Abd Hamid P48654 at 10:21 AM 0 comments
:: TUGASAN 2 - Ulasan Jurnal ::
Artikel 3
Reflective Practices in foreign Language Teacher Education: A View Through Micro and Macro Windows
Pengenalan:
Kajian yang ditulis dalam artikel ini fokus kepada satu bentuk latihan reflektif - pemerhatian kelas, dan perbandingan pemerhatian pembantu pengajar siswazah terhadap persembahan mereka di dalam kelas melalui 2 sudut (window) yang berlainan , dalam lingkungan rangka kerja kursus pendidikan guru bahasa asing (Bahasa Jepun).
Kaedah:
i) Konteks kajian
Projek ini menggunakan kaedah kajian kualitatif dalam memeriksa apa yang dipelajari oleh pembantu pengajar daripada 2 jenis pemerhatian dalam kelas-kelas mereka. Pembantu pengajar ini akan memerhati prestasi pengajaran mereka dalam kelas sebagai sebahagian kursus siswazah ‘Teaching Japanese as a Foreign Language’ yang ditawarkan di Universiti U.S. Kursus tersebut diadakan sebanyak 2 kelas selama 80 minit dalam seminggu semasa semester 15 minggu.
ii) Instrumen
- Material kursus ialah ‘teaching language in context’ oleh Omaggio Hadley (2001) dan bahan bacaan tambahan termasuklah artikel-artikel tentang perolehan bahasa ke dua, kajian kelas, dan aspek pengajaran bahasa jepun yang lebih spesifik.
- Aktiviti yang dilakukan ialah kuliah dan perbincangan tentang bahan bacaan, sesi lakonan mengajar, pelbagai jenis pemerhatian kelas, portfolio elektronik, dan juga kajian tindakan skala kecil.
iii) Peserta
15 orang pembantu pengajar siswazah (TAs) yang mana terdiri daripada 7 orang dari tahun pertama, dan 8 orang dari tahun dua.
iv) Pemerhatian
- Pemerhatian pertama dari sudut ‘macro’ : Pemerhatian seluruh kelas (kira-kira 15 minit). Pemerhatian juga melalui videotape yang dirakam di dalam kelas. Menyediakan analisis laporan terhadap videotape kelas masing-masing.
- Pemerhatian ke dua dari sudut ‘micro’: Segmen 10 minit aktiviti guru. Sebagai sebahagian daripada portfolio elektronik, peserta memilih petikan pendek dari video latihan kelas yang di masukkan ke dalam laman web kursus pendidikan guru. Peserta akan melihat segmen masing-masing dan memberi komen dalam perbincangan online dan membuat refleksi kemudian menghantar laporan.
v) Data dan analisis data
- Data permulaan terdiri daripada laporan yang ditulis oleh peserta yang mengaplikasikan pemerhatian micro dan macro dalam analisis persembahan dalam kelas masing-masing.
- Data tambahan terdiri daripada laporan yang ditulis oleh peserta terhadap pengajaran rakan-rakan dan juga nota-nota bidang penyelidik.
Data permulaan akan dibandingkan secara kualitatif mengikut langkah-langkah:
- Laporan pemerhatian dibahagikan kepada 2 kumpulan dan dianalisis untuk dapatkan ciri-ciri umum.
- Laporan pemerhatian mikro dan makro peserta dibandingkan secara individu untuk tentukan hubungan antara keduanya.
- Bahan tambahan digunakan untuk dapatkan maklumat tambahan.
Penutup:
Kajian ini membandingkan latihan dan amalan reflektif pembantu pengajar universiti. Jenis latihan reflektif ini bukan sahaja membantu peserta menjelaskan bagaimana aktiviti dilaksanakan tetapi juga menerangkan apa yang dilakukan oleh mereka di dalam kelas. Kajian ini memberikan satu rasional yang kukuh untuk gabungkan pemerhatian makro dan mikro ke dalam program pendidikan guru. Pemerhatian terhadap persembahan dalam kelas dari sudut mikro dan makro sangat bernilai dan perlu untuk perkembangan guru-guru bahasa ke dua dan bahasa asing.
Posted by yusnaini Abd Hamid P48654 at 10:09 AM 0 comments



