Monday, May 25, 2009

:: TUGASAN 2 - Ulasan Jurnal ::

Artikel 3

Reflective Practices in foreign Language Teacher Education: A View Through Micro and Macro Windows

Pengenalan:

Kajian yang ditulis dalam artikel ini fokus kepada satu bentuk latihan reflektif - pemerhatian kelas, dan perbandingan pemerhatian pembantu pengajar siswazah terhadap persembahan mereka di dalam kelas melalui 2 sudut (window) yang berlainan , dalam lingkungan rangka kerja kursus pendidikan guru bahasa asing (Bahasa Jepun).

Kaedah:

i) Konteks kajian

Projek ini menggunakan kaedah kajian kualitatif dalam memeriksa apa yang dipelajari oleh pembantu pengajar daripada 2 jenis pemerhatian dalam kelas-kelas mereka. Pembantu pengajar ini akan memerhati prestasi pengajaran mereka dalam kelas sebagai sebahagian kursus siswazah ‘Teaching Japanese as a Foreign Language’ yang ditawarkan di Universiti U.S. Kursus tersebut diadakan sebanyak 2 kelas selama 80 minit dalam seminggu semasa semester 15 minggu.

ii) Instrumen

- Material kursus ialah ‘teaching language in context’ oleh Omaggio Hadley (2001) dan bahan bacaan tambahan termasuklah artikel-artikel tentang perolehan bahasa ke dua, kajian kelas, dan aspek pengajaran bahasa jepun yang lebih spesifik.

- Aktiviti yang dilakukan ialah kuliah dan perbincangan tentang bahan bacaan, sesi lakonan mengajar, pelbagai jenis pemerhatian kelas, portfolio elektronik, dan juga kajian tindakan skala kecil.

iii) Peserta

15 orang pembantu pengajar siswazah (TAs) yang mana terdiri daripada 7 orang dari tahun pertama, dan 8 orang dari tahun dua.

iv) Pemerhatian

- Pemerhatian pertama dari sudut ‘macro’ : Pemerhatian seluruh kelas (kira-kira 15 minit). Pemerhatian juga melalui videotape yang dirakam di dalam kelas. Menyediakan analisis laporan terhadap videotape kelas masing-masing.

- Pemerhatian ke dua dari sudut ‘micro’: Segmen 10 minit aktiviti guru. Sebagai sebahagian daripada portfolio elektronik, peserta memilih petikan pendek dari video latihan kelas yang di masukkan ke dalam laman web kursus pendidikan guru. Peserta akan melihat segmen masing-masing dan memberi komen dalam perbincangan online dan membuat refleksi kemudian menghantar laporan.

v) Data dan analisis data

- Data permulaan terdiri daripada laporan yang ditulis oleh peserta yang mengaplikasikan pemerhatian micro dan macro dalam analisis persembahan dalam kelas masing-masing.

- Data tambahan terdiri daripada laporan yang ditulis oleh peserta terhadap pengajaran rakan-rakan dan juga nota-nota bidang penyelidik.

Data permulaan akan dibandingkan secara kualitatif mengikut langkah-langkah:

- Laporan pemerhatian dibahagikan kepada 2 kumpulan dan dianalisis untuk dapatkan ciri-ciri umum.

- Laporan pemerhatian mikro dan makro peserta dibandingkan secara individu untuk tentukan hubungan antara keduanya.

- Bahan tambahan digunakan untuk dapatkan maklumat tambahan.

Penutup:

Kajian ini membandingkan latihan dan amalan reflektif pembantu pengajar universiti. Jenis latihan reflektif ini bukan sahaja membantu peserta menjelaskan bagaimana aktiviti dilaksanakan tetapi juga menerangkan apa yang dilakukan oleh mereka di dalam kelas. Kajian ini memberikan satu rasional yang kukuh untuk gabungkan pemerhatian makro dan mikro ke dalam program pendidikan guru. Pemerhatian terhadap persembahan dalam kelas dari sudut mikro dan makro sangat bernilai dan perlu untuk perkembangan guru-guru bahasa ke dua dan bahasa asing.

0 comments: