Friday, May 15, 2009

:: Tugasan 2 ::

ULASAN & ANALISIS ARTIKEL JURNAL KAJIAN TINDAKAN

i) Dapatkan 3 artikel jurnal luar negara yang memerihalkan kajian tindakan yang telah dilakukan dalam pendidikan

ii) Lakukan perbandingan (persamaan & perbezaan), penganalisisan, penilaian, perumusan, & pensintesisan dari segi sampel, seting, prosedur kajian tindakan, pengumpulan & Penganalisisan data & laporkan dalam blog individu.

iii) Disokong dengan sumber bacaan lain - buku kajian tindakan (tugasan 1)


TAJUK ARTIKEL UNTUK TUGASAN 2


1) Northen Exposures : Models of Experiential Learning in Indigenous Education.
Kevin Barry O'Connor

2) Reflective Practices in Foreign Language Teacher Education : A View Through Micro and
Macro Windows.
Naomi Geyer, University of Wisconsin

3) Action Research on The Development of A Caring Curriculum in Taiwan : Part II
Jane Lee-Hsieh, MSN, RN; Chien-Lin Kuo, MS, RN; Michael A. Turton, MA; Chin-Lung Hsu, MS; and Hsiu-Chi Chu, MS

Tuesday, May 12, 2009

:: NOTA 6 - Kuliah 4 ::

Kajian Kepustakaan

- Membaca dan membuat sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan untuk mengambil isi-isi penting yang dikemukakan yang mana juga memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi.

Langkah-langkah dalam membuat sorotan literatur :

Membanding & Membezakan


- Mencari persamaan serta perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti, dan unsur sesuatu objek atau peristiwa bagi membuat pilihan atau keputusan
- Dilakukan apabila terdapat 2 atau lebih ciri atau kemungkinan

Menganalisis

- Mengolah maklumat dan menghuraikan kepada bahagian yang lebih kecil untuk lebih memahami sesuatu konsep
- Mencari makna yang tersirat
- Memahami hubungkait dan mengetahui prinsip yang terlibat
- Turut menggunakan kemahiran berfikir

Menilai

- Membuat pertimbangan untuk mengetahui kebaikan & kelemahan sesuatu perkara berdasarkan bukti yang sah terutamanya untuk membuat keputusan menerima atau menolak sesuatu idea

Membuat Kesimpulan

- Melakukan pernyataan terhadap hasil sesuatu kajian berdasarkan hipotesis
- Mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyelidikan atau penyiasatan yang dibuat
- Untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong sesuatu pernyataan

Mengsintesis

- Menyatukan idea, unsur, item dan beberapa perkara berasingan bagi memperoleh gambaran menyeluruh dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan artifak.

Sunday, May 10, 2009

:: Nota 5 - Kuliah 3 ::

PENGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN
by Dr. Mohd Izham

Konsep Perubahan Dalam Pendidikan

Perubahan dalam pendidikan adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, perubahan yang mewujudkan ketidakpastian mesti dielakkan kerana boleh mendorong kepada keruntuhan masa depan generasi muda.
Perubahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan
kestabilan (Oliver 1996).

Jenis-jenis Perubahan (Dessler, 1995)

1) Perubahan ke arah peningkatan - memberi kesan kpd komponen-komponen tertentu
dalam organisasi

2) Perubahan stategik organisasi - melibatkan keseluruhan organisasi

3) Perubahan reeaktif - berlaku akibat tindakbalas langsung drp pelanggan & pihak berkepentingan

4) Perubahan akibat daripada jangkaan -Perubahan bukan disebabkan oleh desakan pelanggan
tetapi kerana kesedaran dlm kalangan pengurusan yg perlukan perubahan utk kebaikan organisasi

Perubahan Adalah Kompleks

Perkaitan dgn Proses Evolusi & Revolusi

Evolusi = Perubahan yg menghasilkan ksn yg sedikit dalam tempoh yg panjang & menyebabkan perubahan yg ketara

Revolusi = Perubahan yg pantas & meninggalkan kesan yang membinasakan
Perubahan itu multidimensi

Sebarang keputusan utk perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan yg mana utk mengenalpasti semua dimensi yg berkaitan dgn perubahan.
6 dimensi yg perlu difahami :
1) Tujuan perubahan
2) Unit perubahan
3) Sifat perubahan
4) Magnitud perubaan
5) Skop perubahan
6) Jangkamasa perubahan

Chambers (1977) mengatakan bahawa perubahan itu berbentuk kitaran di mana setiap kitaran perubahan dijangka berakhir dalam tempoh 10 hingga 15 tahun.

Model-model Perubahan

1) Model Penggabungan Roger

- Proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenalpasti. Inovasi tidak semestinya terhasil dari penyelidikan tetapi mungkin terhasil dari amalan praktikal sebagai jawapan kepada masalah yang timbul.

2) Model Kanter

- Struktur dan inovasi boleh difahami dengan lebih baik jika prosesnya dibahagikan kpd beberapa tugas utama. Terdapat 4 tugas inovasi iaitu:

a) Penjanaan idea
b) Membina idea
c) Realisasi idea
d) Pemindahan idea

3) Model Rand

- Proses perubahan di sekolah melibatkan 3 langkah (Berman & McLaughlin, 1978)
a) Daya usaha
b) Implementasi
c) Penggabungan

4) Model Acot

- Berdasarkan Projek Apple Classroom of Tomorrow (ACOT) iaitu kajian pengenalan komputer di dalam bilik darjah.Kehendak perubahan dalam pengajaran & pembelajaran telah berkembang secara beransur-ansur. Terdapat 5 langkah perubahan dalam proses pengajaran & pembelajaran iaitu :
a) Kemasukan (entry)
b) Memilih (adoption)
c) Menyesuaikan (adaptation)
d) Penggunaan (appropriation)
e) Mereka cipta (invention)

Aktiviti 3 : Nyatakan 8 sebab mengapa orang menentang perubahan & bincangkan cara penyelesaiannya

- Telah dihantar kepada Dr. Izham pada hari kuliah

Saturday, May 2, 2009

:: AKTIVITI 2 - Kuliah 2 : Refleksi Topik Pengajaran ::

Ketua kumpulan: Norhidayah binti Arpi
Pencatat: Nur Faizah binti Azizan
Pembentang: Yusnaini

REFLEKSI

Topik: Sistem pengangkutan dalam tumbuhan

Subtopik: Pengangkutan air melalui xilem

Masalah: Pelajar sukar memahami dan membayangkan proses pengangkutan air dalam tumbuhan

Penambaikan :

1) Guru mengubah cara mengajar daripada cara kuliah kepada cara demonstrasi.
2) Menunjukkan video yang menunjukkan proses pergerakan air yang diangkurt oleh tumbuhan.
3) Melakukan amali di dalam makmal.
4) Menggunakan BBM yang lain seperti menunjukkan gambar keratan rentas untuk proses yang terlibat

Kesan: Pelajar lebih memahami proses pengangkutan air melalui xilem.

Friday, May 1, 2009

:: AKTIVITI 1 - Kuliah 2 : Refleksi Selepas Program BIG 2 ::

Selepas berlansungnya Program Bina Insan Guru II di Pulau pangkor, saya telah melakukan refleksi kendiri dan hasilnya adalah seperti berikut:

KELEMAHAN

i) Kurang daya kepimpinan

Oleh kerana saya merupakan jawatankuasa yang bertanggungjawab untuk mengendalikan malam kesenian & kebudayaan pada program BIG II kumpula A, maka saya memerlukan ciri-ciri kepimpinan untuk menguruskan program, memimpin dan menggerakkan pelajar pada malam tersebut. Namun begitu, saya menyedari ciri-ciri kepimpinan kurang dalam diri saya kerana saya berasa kurang yakin untuk terlalu bertegas dengan para peserta untuk memberi pertolongan dalam persediaan aktiviti tersebut dan mengarahkan mereka bertindak cepat serta mematuhi masa. Saya berasa rendah diri untuk memberi arahan kepada peserta dan bkurang berkeyakinan untuk bertindak sebagai ketua

ii) Kurang keyakinan diri

Kekurangan ciri kepimpinan dalam diri disebabkan oleh kurang keyakinan diri untuk menjadi ketua dan berhadapan dengan para peserta.

PENAMBAHBAIKAN

Matlamat :
Untuk meningkatkan keyakinan dan ciri-ciri kepimpinan dalam diri

Objektif :
i) Supaya boleh bertindak sebagai ketua dan memimpin orang lain terutamanya apabila menjadi guru nanti
ii) Mendapat keyakinan untuk berhadapan dengan orang lain
ii) Menjadi lebih aktif dan melibatkan diri dalam semua aktiviti

PELAN TINDAKAN

Langkah-langkah :
i) Melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan sepanjang program DPLI
ii) Menjadi sukarela sebagai ahli jawatankuasa bagi sesuatu aktiviti untuk melatih diri menjadi pemimpin
iii) Memberi arahan secara berhemah apabila memimpin supaya arahan dapat diterima dengan jelas dan disukai oleh orang bawahan
iv) Memilih role model sebagai contoh ikutan

Perancangan mengumpul data :
i) Mencari maklumat dan memilih role model yang hebat dalam kepimpinan untuk dijadikan contoh
ii) Mencatat penilaian perubahan dalam diri


PEMANTAUAN & PENILAIAN

i) Sentiasa peka dengan perubahan diri apabila terlibat dalam aktiviti yang disertai untuk dijadikan penilaian
ii) Sentiasa bertanyakan pendapat orang lain ataupun orang bawahan berkenaan keselesaan serta penerimaan mereka terhadap pendekatan kepimpinan yang digunakan untuk membuat penambahbaikan
iii) Membuat refleksi tentang cara dan pendekatan yang telah digunakan


:: Nota 4 - Kuliah 2 : Rekabentuk Kajian Tindakan ::

Reka bentuk kajian tindakan berbeza daripada kajian konvensional kerana ia dijalankan di sekolah untuk kegunaan dan dilakukan oleh guru-guru yang bertujuan untuk mengkaji berkaitan dengan pelbagai aspek dalam pendidikan seperti pedagogi. Ini adalah untuk memastikan proses pengajaran & pembelajaran berjalan dengan lancar.

- Rekabentuk kajian tindakan adalah berbeza berdasarkan sekolah.

- Dalam laporan akhir kajian tindakan, rekabentuk kajian tindakan diletakkan di bahagian metadologi iaitu bahan atau kaedah kajian dijalankan

- Rekabentuk kajian tindakan terbahagi kepada beberapa peringkat iaitu :
1) Tinjauan awal
2) Merancang
3) Perlaksanaan tindakan
4) Pemerhatian dan kesimpulan
5) Dapatan kajian

- Keistimewaan kajian tindakan yang membezakannya dengan kajian konvensional ialah penyelidik terlibat secara langsung dalam kajian sebagai salah satu subjek kajian



Sunday, April 26, 2009

:: TUGASAN 1 ::

ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN

Dapatkan satu buku dalam bahasa Inggeris tentang kajian tindakan dan ulas buku tersebut berdasarkan reka bentuk kajian tindakan, pengurusan & penganalisaan data dan beri penilaian kepada buku tersebut.

FOKUS KEPADA (What, why, when, where, who, how)

  1. KONSEP KAJIAN TINDAKAN
  2. Mengapa guru perlu buat kajian tindakan
  3. REKA BENTUK KAJIAN TINDAKAN
    1. model
    2. sampel / participant
    3. seting kajian
  4. PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN
  5. PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA
    1. instrumen kajian
    2. teknik pengumpulan data
    3. teknik penganalisisan data
  6. ETIKA KAJIAN TINDAKAN (research ethics)
  7. KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN KAJIAN TINDAKAN (Reliability & Validity)
  8. Penilaian Keseluruhan terhadap buku ini.

BUKU YANG DIPILIH UNTUK TUGASAN 1

Pengarang : Selva Ranee Subramaniam

Tahun terbitan : 2007

Tajuk buku : Action Research for Exemplary Science Teaching

Negeri penerbit : Shah Alam, Selangor

Nama penerbit : Karisma Publications Sdn. Bhd

:: NOTA 3 - Kuliah 1 : Jenis-jenis Kajian Tindakan ::

Terdapat 4 jenis kajian tindakan iaitu :

i) Kajian Tindakan Individu
Kajian yang dilakukan secara individu oleh guru dan hanya fokus dalam bilik darjah

ii) Kajian Tindakan Kolaboratif
Kajian yang dilakukan lebih daripada 2 orang samada melibatkan guru-guru dalam bidang yang sama, guru-guru dalam pelbagai subjek ataupun guru-guru dengan pihak luar.

iii) Kajian Tindakan Peringkat Sekolah
Kajian yang memfokuskan kepada satu isu yang sama di peringkat daerah

iv) Kajian Tindakan Peringkat Daerah
Kajian yang dilakukan dengan fokus kepada satu isu yang sama di peringkat daerah

:: NOTA 2 - Kuliah 1 : Konsep Kajian Tindakan ::

Action research is focused on the immediate application, not on the development of theory, nor upon general application. It has placed its emphasiss on a problem, here and now, in a local setting. its finding are to be evaluated in terms of local applicability, not in terms of universal validity (John W. Best, 1970). Menurut beliau lagi kajian tindakan bertujuan untuk :
i) Meningkatkan amalan-amalan di sekolah dan pada masa yang sama turut meningkatkan kelakuan sesiapa yang cuba untuk meningkatkan amalan tersebut
ii) Ia juga untuk menggabungkan fungsi kajian dengan kemajuan guru dalam kualiti sebagai objektiviti, kemahiran dalam proses kajian, tabiat berfikir, kebolehan untuk bekerja secara harmoni dengan orang lain dan juga meningkatkan semangat profesional.
Menurut McCuthceon & Jung (1991), "Terdapat banyak definisi untuk kajian tindakan tetapi semua definisi berkongsi pandangan yang sama iaitu kajian tindakan melibatkan satu persoalan sistematik yang bersifat collective, collaborative, self-reflective, critical dan dijalankan oleh peserta yang terlibat dalam persoalan tersebut"
Kajian tindakan merupakan merupakan satu kaedah penyelidikan yang berunsurkan inkuiri kendiri. Kajian tindakan dalam pendidikan adalah satu bentuk kajian yang para guru boleh lakukan untuk memeriksa sendiri kajian pendidikan mereka di sekolah secara sistematik dengan menggunakan teknik-teknik kajian. Kajian tindakan juga merupakan proses yang berterusan dan turut melibatkan perlaksanaan kajian ke atas masalah-masalah dalam pendidikan dalam kelas. Kajian tersebut mestilah dijalankan oleh sesiapa yang perlu diubah cara kelakuan mereka dalam sesuatu perkara sebagai hasil kajian. Setiap sekolah tidak akan kekal dengan satu praktik kehidupan yang kukuh dan berkembang melainkan guru, murid-murid, penyelia, pentadbir dan penaung sekolah sentiasa memeriksa apa yang mereka lakukan secara berterusan. Oleh itu, samada secara individu mahupun berkumpulan, mereka perlu menggunakan imaginasi secara kreatif dan membina untuk mengenalpasti amalan atau praktik yang perlu diubah bagi memenuhi keperluan serta permintaan terhadap kehidupan yang lebih baik melalui kajian tindakan.

:: NOTA 1- Kuliah 1 : Apa itu Kajian? ::

KAJIAN atau PENYELIDIKAN ialah satu proses yang melibatkan langkah-langkah ataupun kaedah yang digunakan untuk mencari, mengumpul, serta menganalisis data bagi mendapatkan maklumat serta meningkatkan kefahaman untuk sesuatu topik, isu ataupun masalah.
Menurut John W. Best dalam buku bertajuk Research in education edisi ke 2, terma kajian dan kaedah sains adalah kadangkala digunakan secara sinonim dalam perbincangan pendidikan di mana kajian boleh dipertimbangkan sebagai satu perkara yang rasmi, sistematik, dan satu proses intensif dalam menjalankan satu analisis kaedah sains. Oleh itu, kajian juga boleh dikatakan sebagai satu aktiviti yang sistematik yang dilakukan untuk pencarian dan perkembangan sesuatu pengetahuan.
PROSES KAJIAN melibatkan langkah-langkah :
i) Pengenalpastian masalah
ii) Melakukan kajian kepustakaan bagi mendapatkan maklumat
iii) Menentukan pendekatan ataupun strategi kajian
iv) Mengumpul dan menganalisis data
v) Kemudian membincangkan maklumat yang diperolehi dan implikasi kajian
vi) Akhir sekali melaporkan kajian tersebut dalam bentuk laporan ataupun buku.

:: MUKADIMAH ::

Assalamualaikum..

Pertama sekali, ALHAMDULILLAH syukur ke Hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepada kita untuk hidup di muka bumi ini..dan syukur juga dipanjangkan umur untuk masih berada di UKM bagi mengikuti program DPLI 2009 bersama rakan-rakan serta para pensyarah yang disayangi. Sedar x sedar sudah masuk semester ke 2 berada di UKM dan ALHAMDULILLAH tugas2 di semester yang lepas dapat disempurnakan dengan jayanya. Diharapkan pada semester ini akan lebih baik dari semester lepas dan lebih bersungguh-sungguh menimba ilmu dalam bidang pendidikan.

Blog ini diwujudkan khas untuk subjek Kajian Tindakan yang diselaraskan oleh Dr. siti Fatimah Yassin serta beberapa pensyarah lain iaitu Hajah Halimah Harun, Puan Nor Sakinah Mohamad dan Dr. Mohd. Izham Hamzah.

INSYAALLAH segala tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan sempurna di bawah bimbingan serta tunjuk ajar semua pensyarah yang terlibat.